Pengguna dinasihati supaya lebih berhati-hati sebelum membeli makanan di premis atau kedai walaupun mereka mempamerkan sijil halal.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menegaskan ia adalah tanggungjawab penguna untuk mengambil langkah berwaspada.
Ini kerana mereka sendiri yang akan menanggung kesannya sekiranya ditipu dengan penggunaan logo dan sijil halal palsu itu.
Beliau turut menyarankan supaya para peniaga lebih beretika kerana mereka sebenarnya memperdayakan pengguna sekiranya tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM dan ini merupakan satu penipuan.
Semalam satu pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di medan selera di pusat beli-belah Pavillion memperlihatkan beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal yang bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.
|