Pilih kulit templat anda : 
Laporan Wartawan Bernama Radio24
Informasi Berita Terkini
 

  Kerajaan Iktiraf Peranan Penjaja dan Peniaga Kecil Dalam Pembangunan Ekonomi Negara

 

Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan penjaja dan peniaga kecil di negara ini terutama dalam pembangunan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan yakin golongan peniaga kecil ini akan berhijrah menjadi peniaga sederhana untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, beliau berkata mereka perlu mengubah paradigma pemikiran supaya berbangga menjadi usahawan sebagai karier, berbanding bekerja di syarikat milik orang lain.

Wartawan Bernama Radio24, Shahrul Aini Saharan melaporkan Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan Ekspo Peniaga Makanan Warisan 2010 di perkarangan Stadium Bukit Jalil.

 

 

 

 

Shahrul Aini Saharan, Wartawan Bernama Radio24