|
|
| Pilih kulit templat anda : |
|
|
|
|
|
|
| |
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RADIO24 -
INFORMASI Iklankan dengan Radio24.. Sila hubungi ditalian 03-2694 1728 atau 03-2692 8955 untuk keterangan lanjut untuk pengiklanan di laman web Radio24. Keterangan Lanjut -
INFORMASI Sertai Facebook Bernama Radio24 Taip 'Bernama Radio24' di kotak carian. -
INFORMASI EVENING NETWORK 939 Bernama Radio24 9PM - 1AM setiap hari -
|
|
|
|
|
 |
Berita Radio24 |
| Informasi BeritaTerkini |
|
Persidangan Menteri APT di Bali Bermula Hari Ini |
12 November -- Persidangan Menteri-menteri Telekomuniti Asia Pasifik (APT) diadakan di Bali, Indonesia bermula hari ini sehingga Jumaat.
Persidangan itu dijangka membincangkan isu-isu berkaitan sumbangan negara Asia Pasifik dalam memperkukuhkan perkhidmatan jalur lebar di negara masing-masing dan rantau itu. Ini termasuk Malaysia yang diwakili Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau akan membentangkan usul cara negara anggota Asia Pasifik boleh memberi sumbangan kepada pembangunan jalur lebar kepada negara mereka dan rantau tersebut.
Selain itu perbincangan mengenai kumpulan gerak kerja Asia Pasifik bagi meningkatkan mutu rangkaian perkhidmatan telekomunikasi turut akan dibincangkan.
Persidangan itu juga untuk menentukan sama ada aspek pembangunan teknikal jalur lebar boleh disekutukan antara negara untuk kepentingan kemanusiaan.
Melalui persidangan itu juga satu perbandingan akan dibuat terhadap negara Asia Pasifik lain tentang bagaimana Malaysia boleh mendapatkan khidmat jalur lebar yang lebih murah.
-- BERITA24
|
| |
|
| 12 Nov 2009 - 11:06 |
Berita Utama |
|
|
|
|
|
|