Pilih kulit templat anda : 
Berita Radio24
Informasi BeritaTerkini
 

Jalan Raya Di Kilometer 42 Jalan Tawau-Semporna Sabah Terputus Malam Tadi
30 Julai -- Jalan raya di kilometer 42, Jalan Tawau-Semporna di Sabah terputus lewat malam tadi.

Kejadian itu mengakibatkan ratusan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati tebing kiri dan kanan jalan raya itu runtuh akibat hakisan banjir yang berlaku di kawasan itu.

Jalan raya berkenaan merupakan jalan utama bagi pengguna untuk destinasi Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.



-- BERITA24

 
30 Jul 2010 - 12:33 Berita Utama