Pilih kulit templat anda : 
Berita Radio24
Informasi BeritaTerkini
 

Kes Kematian Pertama H1N1 Di Sepanyol
30 Jun -- Kes kematian pertama akibat Influenza A H1N1 disahkan di Sepanyol, melibatkan seorang wanita berusia 19 tahun.

Wanita terbabit meninggal dunia di sebuah hospital di Madrid.

Wanita yang mengandung 7 bulan semasa tiba di Hospital Gregorio Maranon, menerima rawatan selama beberapa hari di hospital berkenaan.

Keadaan wanita itu semakin kritikal selepas doktor melakukan pembedahan bagi menyelamatkan anaknya.

Anak wanita itu bagaimanapun sihat dan tidak dijangkiti virus H1N1.



-- BERITA24

 
30 Jun 2009 - 16:39 Berita Antarabangsa