Pilih kulit templat anda : 
Berita Radio24
Informasi BeritaTerkini
 

Michael Jackson Meninggal Dunia Hari Ini
26 Jun -- Penghibur terkenal, Michael Jackson dilaporkan meninggal dunia awal hari ini ekoran kegagalan fungsi jantung.

Ikon pop dunia itu, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang Khamis waktu tempatan atau, kira-kira pukul 5.26 pagi tadi, waktu Malaysia di sebuah hospital di Los Angeles.

Penyanyi yang berusia 50 tahun itu dilaporkan tidak bernafas ketika pasukan paramedik tiba di rumahnya kira-kira pukul 12.30 tengahari, waktu tempatan.

Kapten Steve Ruda memberitahu Los Angeles Times, anggotanya memberikan rawatan CPR dan kemudian membawa penyanyi itu ke UCLA Medical Center.

Kematian Micheal Jackson merupakan satu kehilangan besar dalam dunia seni.

Album Thriller yang dikeluarkan pada 1982, memuatkan lagu popular 'Beat it, billie Jeans dan Thriller -- kekal sebagai album paling laris sepanjang zaman, dengan jualan lebih 100 juta unit di seluruh dunia.

Micheal Jackson dijadual mengadakan 3 konsert besar di London pada Julai ini, dengan kesemua tiketnya telah habis dijual.

Lagenda pop itu pernah dilaporkan memeluk Islam pada November tahun lalu, namun tiada kesahihan tentang berita itu.

Michael dikatakan mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara bersejarah itu.

Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel.



-- BERITA24

 
26 Jun 2009 - 10:47 Berita Antarabangsa