Nama Stesen : Radio24 (Dikendalikan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA)
Alamat : Tingkat 15, Wisma BERNAMA, 28 Jalan 1/65A,
  Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Frequency : FM 93.9 MHz (Lembah Klang)
Bilik Berita 03 2692 8984 / 8986
Hotline Ke Udara 03 2692 7939
Faksimili : 03 2692 8939
   
USP BERNAMA Radio24
Merupakan antara saluran penyampaian berita paling pantas tanah air. Dengan akses langsung siaran secara bebas-ke-udara dan Aliran Mudah Alih, BR24 adalah rangkaian bekalan berita dan maklumat paling dekat dengan masyarakat. Sokongan rangkaian serata dunia BERNAMA memberikan kelebihan unik kepada BR24. Ternyata di zaman ICT ini, kesedaran berita dan informasi berterusan mencorak pilihan setiap individu dalam kehidupan seharian.

Barisan rancangan yang serba inovatif menawarkan platform paling efektif kepada pendengar dalam mendapatkan berita dan maklumat terus daripada mulut pencetus berita. Pelbagai rancangan di BR24 menampilkan tetamu Senarai 'A' yang terdiri daripada penggubal dasar, pemimpin negara, ikon perniagaan, selebriti, serta agensi bukan kerajaan. Justeru, BR24 bukan sekadar pelapor berita, bahkan pencetusnya.

Format interaktif bincang balas pelbagai rancangan menjadi wadah kepada suara rakyat dan pendapat umum. Sama ada tentang isu, peristiwa, mahupun produk atau perkhidmatan. Melalui saluran ini, rakan siaran BR24 dapat berinteraksi secara langsung dengan audien sasaran mereka. Lantaran itu, ianya berupaya memberikan perspektif "luar kotak" terhadap apa jua topik yang dibawa ketengah.
 
TRIVIA TENTANG BR24
1. Merupakan stesen radio berita pertama negara dan satu-satunya seumpamanya.

2. Dilancarkan pada 3 September 2007 secara Bebas-ke-Udara di FM 93.9 MHz ke seluruh Lembah Klang dan Aliran Dalam Talian di www.radio24.com.my

3. Dipunyai dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi.

4. Dipancarkan dari Tingkat 15, Wisma BERNAMA, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur melalui pemancar di Menara Kuala Lumpur.

5. Telah mencatat pelbagai kejayaan dalam menyampaikan berita yang pertama; antaranya wawancara dengan Angkasawan Negara sebaik mendarat ke bumi pada 2007, liputan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa pada 2008, liputan Gempa Bumi Padang pada 2009 dan wawancara dengan anak sulung Dato' Sosilawati Lawiya pada 2010..., dan banyak lagi.

6. Pemenang 3 (tiga) Anugerah Seri Angkasa 2010 serta mendapat pencalonan paling banyak (14 pencalonan) untuk sesebuah stesen radio pada Anugerah Seri Angkasa 2010.

7. Pemenang Anugerah Radio Konsumer Terbaik 2008-2009, Anugerah Media Islam Negara 2009 dan Anugerah Radio Kesihatan Terbaik 2009-2010.
 
PENGURUSAN TERTINGGI BR24

Ketua Pegawai Operasi - Azlan Idris - azlan@radio24.com.my
Penasihat - Datuk Syed Jamil Syed Jaafar
Pengarang Urusan (Berita) - Mohamad Letfee Ahmad - letfee@radio24.com.my
Pengurus Pembangunan Perniagaan - Haryani Mohamed - haryani@radio24.com.my

 
UNTUK MENJADI RAKAN SIARAN:
Hubungi Unit Pembangunan Perniagaan BR24:
Haryani Mohamed: 03 2691 1549 / 012 400 6670 / haryani@radio24.com.my
 
MUAT TURUN RATE CARD 2011 RADIO24

 

PROFIL STESEN | HUBUNGI KAMI | KERATAN AKHBAR

Free Hit Counter

2012 BERNAMA Radio24. Semua hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam laman web ini tidak dibenarkan dikeluarkan semula tanpa kebenaran bertulis daripada BERNAMA Radio24.