Pilih kulit templat anda : 
 

| Subcribe via RSS

CSR

Februari 8th, 2010 | No Comments | Posted in Acara Radio24

Pada 6 Februari, peneraju dan penerbit Bernama Radio24 telah melawat Shelter Home for Children di Petaling Jaya sempena program ‘Suara Hati’ Bernama Radio24.

Lawatan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Khatijah Ibrahim.

Warga Kerja Bernama Radio24 di Shelter Home for Children, sebelum acara bermula.

Wartawan Bernama Radio24, Essan Yahya, turut menyertai lawatan untuk membuat liputan secara langsung

Peneraju Wan Syahrina sebagai Pengacara Majlis, memperkenalkan tetamu istimewa Suara Hati, Datuk Khatijah Ibrahim. 

 Setelah selesai berucap, Datuk Khatijah mengadakan demonstrasi memasak, sambil diperhatikan Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio24, Sheikh Raffie Abdul Rahman.

 Selepas demonstrasi, peneraju Kam Kamarudin dan para hadirin menjamu selera, tajaan D’Tandoor.

Kemudiannya, peneraju Bernama Radio24 mengadakan acara mini sukaneka bersama kanak-kanak di situ.

Tamat sahaja permainan, Datuk Khatijah dan Maggi menyampaikan cenderahati kepada semua

Wakil daripada Praise Emmanuel Children’s Home, Mr Christopher Michael, menerima cenderahati daripada Datuk Khatijah dan Maggi

Wakil daripada Shelter Home for Children, Mr Nelson, menerima cenderahati daripada Datuk Khatijah dan Maggi

 Bergambar sebelum bersurai

 Warga Kerja Bernama Radio24 bersama Datuk Khatijah.

 

*Program Suara Hati Bernama Radio24 ditaja oleh Maggi, D’Tandoor dan Malakoff

Share This Post

Layar24 - Lu Pikirlah Sendiri De Movie

Februari 3rd, 2010 | No Comments | Posted in Acara Radio24

Bernama Radio24 dijemput menghadiri pratonton media untuk filem terbitan SDAF Pictures, Lu Pikirlah Sendiri De Movie yang diarahkan oleh Aminah Rhapor.

Filem ini membariskan pelakon-pelakon seperti Nabil, Mila, Puteri Sarah, Zizan, Vanidah Imran dan Liza Othman.

Lu Pikirlah Sendiri De Movie akan mula ditayangkan 11 Februari ini. Bernama Radio24 turut mengadakan kuiz melalui segmen Layar24, setiap hari sehingga 12 Februari. Kuiz terbuka untuk Sahabat Radio24. Kata laluan akan diberikan bermula 9.39 pagi dan setiap hari, lima pemenang akan dipilih untuk mendapat tiket percuma.

 

Share This Post

Radionovela

Januari 15th, 2010 | 2 Comments | Posted in Acara Radio24

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Share This Post

Adnan Sempit

Januari 7th, 2010 | 4 Comments | Posted in Acara Radio24

Bernama Radio24 dijemput menghadiri pratonton media untuk filem ke-33 terbitan Metrowealth, Adnan Sempit yang diarahkan oleh Ahmad Idham.

Filem ini membariskan pelakon-pelakon seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana Samsudin, Cat Farish dan Along (Raja Lawak).

Adnan Sempit akan mula ditayangkan 14 Januari ini. Bernama Radio24 turut mengadakan kuiz melalui segmen Layar24, setiap hari sehingga 13 Januari. Kuiz terbuka untuk Sahabat Radio24. Kata laluan akan diberikan bermula 9.39 pagi dan setiap hari, lima pemenang akan dipilih untuk mendapat tiket percuma.

Share This Post