Wartawan Radio 24 Tan Su Lin dan Kam Kamaruddin antara lebih 30 wartawan dari syarikat akhbar, majalah serta radio yang menerima penghargaan pada Majlis Anugerah Media Kesihatan anjuran Kementerian Kesihatan.
Dua kategori anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Khas Media dan Anugerah Media Massa Pendermaan Organ.
Wartawan Tan Su Lin dan Kam Kamaruddin Masing-masing memenangi Anugerah Program Kesihatan dan Anugerah Program Pendermaan Organ Terbaik (bagi kategori Radio) yang membawa pulang Wang Tunai keseluruhan berjumlah RM 3500 serta sijil penghargaan.
Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio24 Shiekh Raffie Abd. Rahman berkata, Radio turut memainkan peranan penting sama seperti saluran media lain dalam menyampaikan apa sahaja maklumat atau infomasi kepada orang ramai.
Beliau berkata, meskipun baru masuk tahun kedua Bernama Radio24 beroperasi, kemenangan ini dilihat sebagai salah satu perangsang memberikan yang terbaik dalam perkembangan dunia penyampaian maklumat melalui radio.
Sementara itu, Wartawan Bernama Radio24 Tan Sulin berkata, kemenanganya memberikan inspirasi dalam menghasilkan lebih banyak lagi program-program bermaklumat.
Beliau berkata, apa yang penting maklumat itu dapat disampaikan terus kepada pendengar supaya dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Slot Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik masing-masing bagi akhbar Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina dimenangi oleh wartawan Harian Metro Norlaila Hamima Jamaluddin, wartawan The Star Chin Mui Yoon, wartawan Makkal Ossai M. Gunalan dan wartawan Kwong Wah Yit Poh Lim Siang Siang.
|