Laman Utama Radio24 Apa Di Radio24 Berita Radio24 Interaktif Radio24 Blog Radio24 Komuniti eSkuad24
 
 
Mengenai Kami
Segala Keterangan Mengenai Radio24
BERNAMA Radio24

BERNAMA Radio24 merupakan stesen radio berita yang pertama di Malaysia, yang
membawakan liputan langsung secara eksklusif dan menawarkan program
wawancara secara interaktif kepada pendengar. Ia juga menampilkan ulasan
berita utama (major newsbreak) dan analisis segera mengenai sesuatu
peristiwa atau isu yang memerlukan perhatian umum.

Dasar editorial

Melaporkan berita dan menyampaikan maklumat secara langsung dengan benar,
tepat, objektif, tanpa berat sebelah berlandaskan etika kewartawanan serta
nilai-nilai murni.


Garis panduan editorial

Melaporkan secara langsung peristiwa dan perkembangan semasa.
Menyampaikan maklumat yang relevan, merangkumi bidang ekonomi, sosial,
budaya, hiburan, politik, sukan dan jenayah.
Mengutamakan nilai berita dalam setiap maklumat yang disampaikan.
Membekalkan perkhidmatan yang efektif bagi memenuhi citarasa dan kepentingan
pendengar serta klien.
Mengimbangi dasar keuntungan dan tanggungjawab sosial stesen.
Menjadi medium perantara yang mencerminkan perspektif semua lapisan
masyarakat mengenai sesuatu isu.